SELAMAT HARI GURU DI UCAPKAN KEPADA SEMUA TEMAN_TEMAN SEPERJUANGAN.
SEMOGA KITA AKAN MEMARTABATKAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.... Marilah sama-sama kita meraikan hari guru..... |
| Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
GURU OH GURU Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979 | |
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Bersedia melangkah megah Walaupun sukar baktiku curah Demi mu ibu pertiwi Sumpah ku lafaz janji kukota Berikrar eratkan bangsa Kukuhkan cinta kepada Negara Berjasa terus berjasa Menyebarkan ilmu tiada batasnya Guru Pembina Negara Bangsa Gagah perjuangkan visi Negara Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa Demi agama dan nusa tercinta Guru Pembina Negara Bangsa Tetap Unggul senadakan suara Sehaluan menggapai matlamatnya Cemerlang dan gemilangkan Malaysia Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.
|