Monday, December 28, 2009

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

Kawan-kawan, selamat kembali bertugas diucapkan kepada semua. Tup-tup dah sebulan kita bercuti dan dah nak bertugas semula. Pada member-member yang datang ke K. Trg baru-baru ni, maaf tak sempat nak jumpa. Rizal tak contact, tau-tau dah balik dah.. Kepada Izzah, seronoknya walaupun hanya 4 jam kita dapat jumpa dan rewang-rewang kat syurga tudung. Sampai nak tertinggal bas..... akhir sekali semoga kita punya reunion jadi jugak tahun ni.....
SEMOGA KALIAN SEMUA AKAN BERTUGAS DENGAN BERDEDIKASI....

Friday, December 18, 2009

KELUARGA WAHAB/ZAWIYAH



Tup..tup keluar lah gambar geng kita ni..
Moga-moga berkekalanlah ikatan cinta kasih dua orang sahabat kita ni...
Saya dah minta kebenaran daripada Wahab untuk menyiarkan gambar mereka.
Syabas, Wahab.....

Monday, November 9, 2009

FAMILY WAN


Salam,
Kawan-kawan....ini dia gambar family wan. Dia hantar kat email saya. Tu gambar terbaru dia sekeluarga. Wah...wah..wah... maintain la wan ni,iya dok..? Dia ni mengajar kat Melaka sekarang.. kalau nak contact dia mintaklah no telefon nge saya, k.. Mesti kawan-kawan rindu kat geng-geng kita orang yang kepoh dulu,iya ke dok?
Kalau ada sesiapa nek hantar gambar family silalah hantar kat email blog geng2 kita ni : mppp.dis93_95@yahoo.com.
Sebenarnya blog ini saya buka untuk geng2 M3p bersiaran,silalah jangan segan-segan menulis dalam blog ni. Kalu nak mintak alamat email dan password dengan saya ok.
rohaila74@yahoo.com. atau mppp.dis93_95@yahoo.com.

Friday, October 30, 2009

Lagu Maktab Pasir Panjang

Kalau siang sang suria terang
Guru jadi teman bergirang
Kalau malam tidak berbulan
guru jadi pemandu jalan
kalau semak hutan belukar
guru jadi perintis akar
kalau luas laut gelora
guru jadi bintang utara
Itulah sebabnya kami dilatih dengan sempurna
Supaya menjadi guru yang baik dan juga berguna

Kami semua pelajar
berjanji akan rajin dan usaha
tidak membuang masa
belajar dengan penuh tenaga
kami akan amal kan
segala tunjuk dan pengajaran
Maktab latihan guru, Pasir Panjang Terengganu
tempat kami berlatih dengan jiwa bersih
kami akan bertugas
jadi pendidik bangsa
dengan tulus ikhlas
menunai kewajipan mulia


Kawan-kawan.. hantarlah gambar2 anda.....

Jikalau ada gambar-gambar family atau gambar semasa di maktab silalah emailkan ke blog ini,dan saya akan editkan untuk anda... Dengan ini dapatlah kita kenal mengenali antara satu sama lain walaupun dari kejauhan.... Tak kira dari unit manapun dipersilakan.... alamat email : mppp.dis93_95@yahoo.com

Akhirnya dapat jugak geng-geng M3P bertemu kembali disini.
Suka hatinya bukan kepalang lagi. Ni gambar family saya.... 2 orang putera dan 1 orang puteri. Danishadri tu gabungan nama anak-anak saya...

Wednesday, October 28, 2009

Bertemu Kembali Sahabat Lama..

Alhamdulillah...syukur kehadrat Illahi,
kerana hari ini dapatlah ku berhubung dengan beberapa orang sahabat lama... Terubat juga kerinduan ini... sukanya hati bukan kepalang, kejap-kejap senyum sorang-sorang terkenangkan telatah member2 kat M3P dulu, Rizal,Fanny, Kayz, Zamzuri.... Happy betul rasanya hari ini macam masuk dalam jejak kasih pulak...
Selalu juga berhubung dengan k.ju,izan,izzah,wan dan Zoria tu memanglah tiap-tiap hari sebab kami ni posting satu sekolah. Fanny pun jarang2 jumpa kecuali kalau ada perlawanan bola jaring.
Kepada member2 yang nak posting apa2 dalam blog ni, tak kiralah dari unit manapun anda sangatlah dialu-alukan. SMS atau e-mail kapada saya garenti dapat nombor passwordnya...
Letaklah gambor kalu ada, email pun takpe....saya ni tak ada banyak gambar masa kat maktab dulu sebab kita ni dok berapa lawa..he..he..he..
Ni alamat e-mail saya : rohaila74@yahoo.com.my atau mppp.dis93_95@yahoo.com.

Monday, October 19, 2009

REUNION....

Apa pendapat anda....
Sila kemukakan cadangan berserta dengan nombor telefon yang boleh dihubungi.....

Wahai Teman-temanku...Silalah Masuk Ke Blog M3Pdis93/95

Wahai sahabatku sekelian,

Sudilah kiranya kalian menjengok blog ini bagi menyemarakkan lagi persahabatan kita yang selama ini kian pudar dek kerana kejauhan.
Semoga kita akan dapat bertemu dan berhubung kembali disamping memperkenalkan keluarga kita. Dengan ini dapatlah kita bertukar-tukar pandangan dan pendapat masing-masing.

Friday, October 16, 2009

Mencari Teman Seperjuangan Di MPPPsesi93/95

Assalamualaikum,

Wahai teman-teman seperjuangan semasa di Maktab Perguruan Pasir Panjang sesi 93/95....sudilah kiranya kalian menatap dan seterusnya menghubungkan kembali hubungan kita yang selama ini bagai isi dengan kuku yang sama-sama bersusah senang selama 3 tahun diM3P.

Tujuan saya mengadakan blog M3Pdis93/95 ini adalah untuk menyatukan semula kita semua tak kira dari unit manapun jua. Sekiranya ada di antara kalian yang terbaca blog ini sudilah kiranya memberi alamat serta nombor telefon supaya senang kita berhubung di antara satu sama lain. "TRIPPLE I INJECTION" tetap segar dalam ingatan.Walaupun kita tidak lagi berada di M3P,tetapi saya percaya masih segar di dalam ingatan semua gelagat kita semasa bergelar guru pelatih dulu.


Sehingga kita bertemu lagi di dalam blog ini,wasallam.

"ILTILZAM,ISTIQAMAH,IHSAN
Daripada :

Rohaila 019-9800488
K.Trg