Tuesday, August 3, 2010

HARI KELUARGA WARGA M3Pdi93/95

PERHATIAN BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN SEKALIAN...

DENGAN INI DIMAKLUMKAN SATU PROGRAM SAMBUTAN HARI KELUARGA AKAN DICADANGKAN PADA TARIKH YANG AKAN DI TETAPKAN OLEH ANDA SEMUA.
TAPI KITA MINTAK CADANGAN TARIKH DAN JUGA KALAU BOLEH BIARLAH RAMAI-RAMAI YANG JOIN.....

OLEH SEBAB ITU.....HAMBA DI SINI INGIN MENDAPATKAN CADANGAN DAN MAKLUMBALS DARI ANDA SEMUA TENTANG TARIKH SERTA TEMPATNYA........

SEGALA INFO-INFO TERSEBUT DIHARAPKAN DAPAT DI emailKAN KEPADA.....

1. mppp.dis93_95@yahoo.com
2.rohaila74@yahoo.com
3. Rohaila Disya Zefri dalam facebook....

SILA NYATAKAN CADANGAN TARIKH YANG SESUAI.....

TQ...

Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010 "Guru Pembina Negara Bangsa"


SELAMAT HARI GURU DI UCAPKAN KEPADA SEMUA TEMAN_TEMAN SEPERJUANGAN.
SEMOGA KITA AKAN MEMARTABATKAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA....
Marilah sama-sama kita meraikan hari guru.....


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


Saturday, March 6, 2010

PROGRAM TAHUNAN SEKOLAH

SALAM...

MAAF KERANA SUDAH LAMA TIDAK MEWARNAI BLOG INI DENGAN INFO-INFO...YANG TERKINI. KEPADA SAHABAT-SAHABAT KITA YANG INGIN MENYUMBANGKAN IDEA ANDA...DIPERSILAKAN.. EMAIL SAJA KE.. mppp.dis93_95@yahoo.com

Monday, December 28, 2009

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

Kawan-kawan, selamat kembali bertugas diucapkan kepada semua. Tup-tup dah sebulan kita bercuti dan dah nak bertugas semula. Pada member-member yang datang ke K. Trg baru-baru ni, maaf tak sempat nak jumpa. Rizal tak contact, tau-tau dah balik dah.. Kepada Izzah, seronoknya walaupun hanya 4 jam kita dapat jumpa dan rewang-rewang kat syurga tudung. Sampai nak tertinggal bas..... akhir sekali semoga kita punya reunion jadi jugak tahun ni.....
SEMOGA KALIAN SEMUA AKAN BERTUGAS DENGAN BERDEDIKASI....

Friday, December 18, 2009

KELUARGA WAHAB/ZAWIYAH



Tup..tup keluar lah gambar geng kita ni..
Moga-moga berkekalanlah ikatan cinta kasih dua orang sahabat kita ni...
Saya dah minta kebenaran daripada Wahab untuk menyiarkan gambar mereka.
Syabas, Wahab.....

Monday, November 9, 2009

FAMILY WAN


Salam,
Kawan-kawan....ini dia gambar family wan. Dia hantar kat email saya. Tu gambar terbaru dia sekeluarga. Wah...wah..wah... maintain la wan ni,iya dok..? Dia ni mengajar kat Melaka sekarang.. kalau nak contact dia mintaklah no telefon nge saya, k.. Mesti kawan-kawan rindu kat geng-geng kita orang yang kepoh dulu,iya ke dok?
Kalau ada sesiapa nek hantar gambar family silalah hantar kat email blog geng2 kita ni : mppp.dis93_95@yahoo.com.
Sebenarnya blog ini saya buka untuk geng2 M3p bersiaran,silalah jangan segan-segan menulis dalam blog ni. Kalu nak mintak alamat email dan password dengan saya ok.
rohaila74@yahoo.com. atau mppp.dis93_95@yahoo.com.

Friday, October 30, 2009

Lagu Maktab Pasir Panjang

Kalau siang sang suria terang
Guru jadi teman bergirang
Kalau malam tidak berbulan
guru jadi pemandu jalan
kalau semak hutan belukar
guru jadi perintis akar
kalau luas laut gelora
guru jadi bintang utara
Itulah sebabnya kami dilatih dengan sempurna
Supaya menjadi guru yang baik dan juga berguna

Kami semua pelajar
berjanji akan rajin dan usaha
tidak membuang masa
belajar dengan penuh tenaga
kami akan amal kan
segala tunjuk dan pengajaran
Maktab latihan guru, Pasir Panjang Terengganu
tempat kami berlatih dengan jiwa bersih
kami akan bertugas
jadi pendidik bangsa
dengan tulus ikhlas
menunai kewajipan mulia